new template!!

Thursday, December 1, 2011

Rabiatul Adawiyah

RABIATUL ADAWIYAH-perindu cinta abadi..

   Rabiatul Adawiyah adalah seorang wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu,namun cinta harinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama' terbilang yang datang meminang,biarpun Sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNYA.

    Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya paa saat beliau masih muda. Tidak cukup itu,beliau diculik pula lalu menjadi hamba.

    Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya,ALLAH tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada sebaik-baik tempat mengadu selain Allah. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya..

Beliaulah perindu cinta abadi..

Sekian... :)

No comments:

Post a Comment